Jumaat, 12 November 2010

ALLAHU RABBI

Ya Allah,
hamba ini selalu khilaf
hamba ini selalu lalai dan alpa
kau berikanlah rahmat dan hidayah-Mu
Ya Rabbul Izzati,
kau sirami jiwaku dengan sifat-sifat mahmudah
jadikan sanubari ini setenang air di kali
Ya Rabbul Kuddus,
kau berikanlah cahaya
untuk aku mengharungi kegelapan di dunia fana ini